Thursday, December 31, 2015

RINDU SEMATI

Entahlah aku ini sedang apa,
Perang yang  aku sendiri lancarkan,
Tapi ditembak mati aku,
Menembak aku juga yang mati,
Kerana babak ini yang matinya tetap AKU,
Rindu yang semati.

Apa aku nak buat?
Rasa yang tak terfaham,
Mahu saja aku bentang luas-luas rasa hati,
Tapi mana kau peduli,
Mahu saja aku simpan dalam-dalam -- patri,
Tapi mana kau faham.

Sebab sudah aku katakan,
Peperangan ini perang aku,
Yang matinya AKU.

MADU DAN BUNGA

Seakan-akan mendengar perkhabaran takdir Tuhan,
Kamu yang manis telah aku lepaskan.

Aku memilih untuk tidak teruskan,
Aku memilih untuk berhenti menaruh harapan.

Dia pernah memilih untuk menunggu,
Percaya pada ruang dan waktu mungkin boleh bersatu,
Tetapi aku alpa.

Aku khilaf,
Bunga nan wangi sudah lama mati,
Madu yang manis sudah dihisap orang.

Aku tinggal apa,
Aku dapat apa,
Aku yang alpa.

APA LAGI AKU MAHU?? 

Berhenti Menembak!

Dalam setiap rasa yang ada, 
Ia perlukan satu jawapan,
Supaya kita tidak pernah salah menembak,
dan Berhenti untuk menembak lagi.

Kau bukan Tuhan,
Untuk tahu setiap apa yang dirasa,
Kau memang bukan Tuhan,
Untuk menyelam pun mungkin ko mati didasar lautan.

Mari aku ceritakan,
Segala isi yang terpendam,
Lama benar aku diam,
Segala rasa yang sukar dipadam.

Aku juga punya rasa,
Rasa aku lebih jauh -- lebih dalam,
Cuma aku tidak canggih dalam pameran.

Marilah sini sayang,
Aku ceritakan,
Aku menoktahkan segala rasa,
Supaya perjuangan kita bukan sia-sia.

Tapi bukan disini,
Aku mahu hanya kamu sorang,
Dan aku cuma mampu bercakap perlahan,
Kerana jeritan itu bukan jaminan untuk satu kefahaman.

Mari sini sayang,
Mari aku bisikan,
Isi hati yang belum pernah ditembak tepat,
Sayang aku belum pernah hilang.

PULANG

Setiap ruang dalam jarak,
Ada rindu yang terserak.

Berapa lama lagi aku perlu jauh dari kamu,
Pulanglah, aku rindu.

Kini masa sudah tiba,
Untuk aku pula mengait awan,
Agar jarak bukan lagi pemisah,
Untuk kita berkasih-kasihan.

Pulanglah,
Aku perlu ada kamu.
Aku yang terpaling RINDU

PULANGLAH SAYANG.... :'(

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - 2018

Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk berkongsi perkara yang patut anda semua tahu untuk berjaya menjawat jawatan Kadet PTD M41 STAGE...