Thursday, December 31, 2015

Berhenti Menembak!

Dalam setiap rasa yang ada, 
Ia perlukan satu jawapan,
Supaya kita tidak pernah salah menembak,
dan Berhenti untuk menembak lagi.

Kau bukan Tuhan,
Untuk tahu setiap apa yang dirasa,
Kau memang bukan Tuhan,
Untuk menyelam pun mungkin ko mati didasar lautan.

Mari aku ceritakan,
Segala isi yang terpendam,
Lama benar aku diam,
Segala rasa yang sukar dipadam.

Aku juga punya rasa,
Rasa aku lebih jauh -- lebih dalam,
Cuma aku tidak canggih dalam pameran.

Marilah sini sayang,
Aku ceritakan,
Aku menoktahkan segala rasa,
Supaya perjuangan kita bukan sia-sia.

Tapi bukan disini,
Aku mahu hanya kamu sorang,
Dan aku cuma mampu bercakap perlahan,
Kerana jeritan itu bukan jaminan untuk satu kefahaman.

Mari sini sayang,
Mari aku bisikan,
Isi hati yang belum pernah ditembak tepat,
Sayang aku belum pernah hilang.

No comments:

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - 2018

Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk berkongsi perkara yang patut anda semua tahu untuk berjaya menjawat jawatan Kadet PTD M41 STAGE...