Thursday, April 18, 2013

Hangat! Parlimen Ayer Hitam PRU 13 (Hanya kerusi percuma buat Barisan Nasional)


Buat pertama kalinya, PAS menampilkan calon di kalangan bukan Islam bagi bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Hu Pang Chow, yang juga ketua kongres penyokong PAS (PSC) mencatat sejarah sebagai orang bukan Islam pertama bertanding di bawah tiket parti Islam itu. Pengumuman calon itu dibuat oleh Musryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.


Pang Chow bakal berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong. YB Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari BN-MCA. Beliau kini merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Pada 9 April 2009 , beliau sekali lagi dipilih sebagai Timbalan Menteri Pelajaran di bawah Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak. 

Pendidikan :
  • B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992),
  • M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996),
  • Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002)


YB Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan Ahli Parlimen BN-MCA yang menang paling banyak majoriti pada Pilihan Raya Malaysia ke-12 (2008). Beliau menewaskan Haji Hussin Sujak dari PAS sebanyak 13,909 undi. Beliau menjadi Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor bagi Penggal kedua selepas menang pada pilihan raya yang ke-11 pada tahun 2004. Pada 2004, beliau menewas Mohd Zamri bin Mat Taksis denggan majoriti 15,763.

Mengapa penulis berasa yakin bahawa parlimen Ayer Hitam hanya sebuah kerusi percuma untuk Barisan Nasional?

  1. Pakatan Rakyat sudah tahu bahawa Ayer Hitam adalah antara kawasan paling sukar untuk ditembusi di Johor. Statistik majoriti pengundian PRU sebelum ini amat tinggi meninggalkan mereka. Dr Wee Ka Siong adalah calon menang dengan majoriti terbesar di Negeri Johor.
  2. Sepanjang pengalaman penulis bersama dengan Dr Wee Ka Siong, kawasan penulis dijaga dengan baik sekali. Tambahan lagi, memegang portfolio sebagai Timb. Menteri Pelajaran membuatkan beliau terus gah di atas. Pakatan Rakyat sepatutnya meletakkan calon yang lebih berkredibiliti untuk bertanding di kawasan ini. Bukan calon seperti Hu Pang Chow.
  3. Latar belakang pendidikan dan pengalaman mentadbir juga menjadi faktor penilai kepada masyarakat sekeliling untuk memangkah calon pilihan mereka. Ternyata Dr Wee Ka Siong jauh lebih baik berbanding Hu Pang Chow. 
  4. Jika anda masih ingat, PAS dan Hu Pang Chow mempunyai krisis dan konflik dalaman dengan isu Pelaksanaan Hukum Hudud sebelum ini. Hu Pang Chow pernah ugut untuk keluar dari PAS sekiranya Hukum Hudud tetap mahu dilaksanakan. Jadi, sengaja tampuk pimpinan PAS meletakkan Hu Pang Chow di kawasan Ayer Hitam ini sekadar untuk menjaga hati, bukan untuk menang.
  5. Kawasan Ayer Hitam majoritinya adalah kaum Cina. Walaupun Hu Pang Chow ini Cina, tetapi beliau berada di bawah PAS. Fakta yang perlu kita sedar, penerimaan kaum bukan Islam terhadap Parti Politik Islam masih rendah di Johor. Jadi,pada pandangan penulis, Hu Pang Chow hanya melemahkan diri dengan identiti sebagai PAS. Dia sepatutnya menggunakan tiket DAP untuk bertanding di kawasan ini. 



No comments:

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - 2018

Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk berkongsi perkara yang patut anda semua tahu untuk berjaya menjawat jawatan Kadet PTD M41 STAGE...