Thursday, December 31, 2015

RINDU SEMATI

Entahlah aku ini sedang apa,
Perang yang  aku sendiri lancarkan,
Tapi ditembak mati aku,
Menembak aku juga yang mati,
Kerana babak ini yang matinya tetap AKU,
Rindu yang semati.

Apa aku nak buat?
Rasa yang tak terfaham,
Mahu saja aku bentang luas-luas rasa hati,
Tapi mana kau peduli,
Mahu saja aku simpan dalam-dalam -- patri,
Tapi mana kau faham.

Sebab sudah aku katakan,
Peperangan ini perang aku,
Yang matinya AKU.

No comments:

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - 2018

Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk berkongsi perkara yang patut anda semua tahu untuk berjaya menjawat jawatan Kadet PTD M41 STAGE...