Friday, January 1, 2016

YANG AKU CARI

Yang aku cari adalah agama,
Kerana dalam semaian agama,
Terbenih akhlak yang mulia.

Yang aku cari adalah agama,
Kerana dalam bajaan agama,
Berbuah kata-kata yang mulia.

Yang aku cari adalah agama,
kerana ladangnya suci,
Buat manusia penuh pekerti.

Yang aku cari agama,
Kerana buahnya manis tak terkata,
Tak pernah sekali aku kecewa.

Yang aku cari agama,
kerana pohonnya rimbun lebat dan rendang,
Menutup aibku dimata orang.

Yang aku cari adalah AGAMA
Bukan harta bukan rupa bukan apa2.


No comments:

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - 2018

Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk berkongsi perkara yang patut anda semua tahu untuk berjaya menjawat jawatan Kadet PTD M41 STAGE...