Sunday, April 8, 2018

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - 2018

Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk berkongsi perkara yang patut anda semua tahu untuk berjaya menjawat jawatan Kadet PTD M41


STAGE 1: Ujian Online
Ujian Online PTD adalah ujian yang paling sukar yang pernah saya jawab. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya semasa mengambil ujian online untuk beberapa jawatan yang lain juga. Malah, kali pertama saya mengambil ujian ini saya gagal sebab MASA.

Tips berguna untuk ujian online :-  Untuk bahagian A. Kebanyakkan soalan boleh dijawab dengan logik akal. Baca soalan dengan teliti. Tak perlu risau jawapan anda tepat atau tidak. Jawab sahaja dengan jawapan paling logik yang mungkin betul. Awas : jangan Google! Anda pasti terperangkap dengan masa kerana masa yang diperuntukkan sangat terhad. Untuk daya penyelesaian masalah. Ingat, masa bergerak terlalu pantas. Anda tidak boleh terkial2 atau berhenti berfikir dengan lama. Ada soalan yang memerlukan anda mengira dengan jawapan yang diberi. Cuba dengan jawapan C atau D. Ada soalan yang boleh diagak sahaja, tembak untuk jawapan paling logik sebab nak menjimatkan masa. Anda perlu mahir matematik. Buat latih tubi matematik sangat membantu supaya otak dapat bekerja pada tahap maksimum.

STAGE 2:  Ujian Kecerdasan Jasmani Kesihatan (UKJK).
 Kadet PTD mencari orang yang sihat dan kuat. Anda dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal secara kerap supaya anda tidak gagal untuk ujian ini. Test yang paling sukar adalah bleep test. Saya buat 5.8 sahaja dan semestinya lepas sebab majoriti lelaki perlu lepas 5.0 dan perempuan 4.0. Buat sit up sangat membantu. Secara kasarnya anda harus mencapai 30 kali sit up dalam masa 60 saat yang diberikan. Sila lihat video di internet dan mulakan latihan. Lain- lain test adalah jangkauan (tips nya adalah tolak pada bahagian pinggang dan bukan lutut). Dan genggaman tangan - kuatkan otot tangan juga dapat membantu.

STGAE 3 : Ujian Psikometrik
Hampir 300 soalan yang perlu anda hadap. Kebanyakkan soalan adalah general sahaja. Mereka tanyakan tentang diri anda, minat anda, sikap anda dan sebagainya. Tips yang berguna adalah be consistent. Contoh soalan 1: Saya yakin saya boleh bekerja secara individu dan anda jawab "setuju". Soalan 2: Saya boleh bekerja sendiri dengan baik, dan anda jawab "sangat setuju". Maka jawapan tersebut SALAH. Jawapan yang tepat adalah "setuju" sahaja bukan sangat setuju.

STAGE 4 : PAC
Anda perlu membuat essay bahasa inggeris dan karangan bahasa melayu. Masa yang diberikan adalah 20 minit untuk setiap karangan. Jangan berangan nak buat rangka karangan dan sebagainya! Mula menulis sejurus mendapat kebenaran. Gunakan pengetahuan anda semasa menulis karangan SPM. Gunakan 5W+1H. Sangat membantu. 2-3 isi cukup untuk karangan anda. Pastikan anda tidak mempunyai masalah grammar atau tatabahasa. Dan pastikan bahasa penulisan menunjukkan anda seorang yang matang.


Untuk public speaking atau pengucapan awam bagi jawatan kadet PTD agak mencabar. Untuk jawatan lain, anda mungkin diberi masa yang agak panjang untuk bercakap mengenai topik yang diberi. Namun tidak untuk PTD. Semua topik juga adalah begitu "asing" dan tidak ada subject atau thesis yang membolehkan anda bercakap. Contoh topik Public Speaking untuk pegawai penerangan "The Impact of Internet towards society". Kita tahu kita perlu bercakap mengenai impak internet. Tetapi untuk PTD, topik yang diberikan boleh membuatkan anda terdiam sejenak. Ia semudah, "banjir lumpur", "penternakan penyu", "agricultural products", "ecotourism". Anda yang perlu cambahkan topik tersebut dan bercakap untuk 5 minit. Maka, perlu cekap berfikir dan cuba buat draft seperti kerangka karangan, ini sangat membantu.

Perbincangan secara kumpulan. Anda tidak perlu "control" keseluruhan perbincangan. Anda tidak perlu terlalu kerap bercakap. Dan anda tidak perlu berdebat untuk menang. Ini adalah perbincangan. Gunakan setiap masa yang anda ada untuk melontarkan idea yang bernas dan sekalipun hendak memberi "argument", pastikan anda tidak kelihatan bodoh. Tips: tak semua orang faham tentang topik yang dibualkan, dan mungkin anda akan tersasar dari topik yang diberi. Jadi "penyelamat", bawa ke pangkal jalan sangat membantu untuk mendapat markah dan menarik minat panel, terutamanya discussion bahasa inggeris.

Akhirnya sekali adalah aktiviti secara kumpulan. Anda perlu kelihatan sedikit menonjol. Tawarkan sahaja diri untuk jadi ketua, lebih aktif dan bagi kerjasama 100% sekiranya anda tidak dipilih sebagai ketua. Ada pegawai psikologi yang menilai anda untuk keseluruhan proses ini. Anda perlu berhati-hati dan gunakan setiap peluang yang ada untuk tonjol potensi diri.

Selamat Maju Jaya! Doakan saya berjaya untuk interview nanti ya.. kalau saya berjaya melepasi interview, saya akan kongsikan tips STAGE terakhir ni.

Semoga Allah izinkan aku mengembangkan lagi potensi diri. Insya Allah, all is well! 

Sunday, January 3, 2016

AIR MATA

Air mata adalah wakil pada gambaran jiwa,
Air mata adalah saksi pada emoticon hati,
Air mata adalah tugu pada akal buntu.

Ini adalah kisah air mata,
Bila tiada lagi kata-kata nak diucap,
Bila tiada lagi lagu nak dibunyi,
Bila tiada lagi pandangan dapat dilukis.

Ini kisah air mata,
Kisah Jiwa & Hati.

*To be cont...

Saturday, January 2, 2016

KAKI TUNGGU


Berapa lama perlu aku menunggu,

Aku bukan kaki tunggu,
Jangan sampai aku pergi dulu.

Friday, January 1, 2016

BUTA

Entah apa aku fikirkan..

Yang ambil berat, yang concern, yang bersusah payah, yang serah segala jiwa dan raga aku ketepikan,

Yang tak pernah peduli, yang cakap "sila pergi mati", yang sudah sedia ada benci juga yang aku cari,

Lihatlah,
CINTA ITU MEMANG BUTA.

Tapi hari ini,
Akan cinta menjadi satu,
Akan rasa menjadi setia,
Akan kasih menjadi sejati.

I LOVE YOU HONEY!

BAU

Apa kau percaya pada bau?

Bau itu nafsu,
Buat kesian jadi kasihan,
Buat kasihan hilang buntu.

Apa kau percaya pada bau?

Bau itu permainan nafas,
Buat yang lembab menjadi deras,
Buat si lembik menjadi keras.

Aku percaya pada bau~

PUISI RINDU

Di dalam setiap jeda nafas,
Ada rindu yang tak terlepas.

Di dalam setiap titis hujan,
Ada kisah aku rahsiakan.

Entah kenapa,
Rindu ini rindu rahsia,
Boleh lunyai jiwa dan raga,
Rindu ini aku simpan,
Sebab kau takkan faham,
Lebih baik aku pendam.

Sampai bila?? 

HARIMAU JANTAN

Gunung serembis adalah saksi,
Mana tempat helang sembunyi.
Nibong kering adalah tulang,
Mana bisa engkau patahkan.

Batu merah adalah naga,
Sudah juga aku conggolkan,
Kerana aku ini benar,
Benar-benar anak Jantan.

Jauh merah mata,
Dekat padam segala dusta.

HAHA..
Pasti kau menyesal,
Mengenal aku ini siapa,
Kerana sunggoh aku ini benar,
Putera Raja Harimau Jantan.

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - 2018

Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk berkongsi perkara yang patut anda semua tahu untuk berjaya menjawat jawatan Kadet PTD M41 STAGE...